Sunday, June 7, 2015

Review Product: SJCAM (ActionCam) SJ4000 wifi

 Salam semua…

Budak KacaMata memang seorang yang obsess dengan kamera…skrang koleksi kamera baru ada dalam 6 jenis Kamera yang berlainan jenis dan brand…

So…


Hari ni BKM nak wat review pasal Action Camera SJCAM @ SJ4000 wifi. Korang pernah dengar tak pasal kamera ni? BKM memang dah lame mengidam nak beli kamera ni…actually nak beli GoPro tapi cam mahal sangat.. so mampo grab kamera ni je, SJCAM adalah alternative kepada gopro dengan harga yang memang mampu milik!

 Apo bondo eh jang Action Cam ni???…adakah dia sejenis makanan or Action Kamen or Kamen Rider ataupun Gaban (ok dah start merapu..kembali kepada topic asal) Action cam ni selalu digunakan untuk yang kaki adventure, yang suka travel & aktiviti-aktiviti outdoor yang lasak seperti menyelam, mendaki gunung, berbasikal, ais skiting, meluncur emm dan macam2 lagi lah. Sebab saiz dia kecik so senang nak guna untuk snap & rakam moment2 yang chantek cun comel masa buat aktiviti lasak tu.


gambo tiada kene mengene dengan topik kali ni

 Sekarang kan zaman orang suka berSELFIE….
 Dah jadi cam fenomena zaman skrang plak kan... Kekadang orang beli kamera ni bkn untuk wat outdoor aktiviti po... tapi setakat nak selfie sambil lepak kat kedai kopi ahakssss.... Tapi BKM beli kamera ni sebab BKM gilos Kamera…eh eh tak tak.. reason utama beli sbb nak menunjuk berangan klo g travel nak gune kamera ni sbb senang dan xleceh nak gune die.. memang BKM suke beraktiviti luar (ketika masih larat lagi nak beraktiviti luar..nanti dah umo 40 tak larat dah T_T). Mana taw nanti klo ada next entry bleh lah share gambo2 dari SJCAM ni kee kan kan kan… manalah tahu nanti g panjang gunung ke..gi meluncur air ke..gi menyelam ke…masa nil ah nak guna kamera berkuasa tinggi ni hahahahaha

cam cam kaler ada @_@ cunnnn

BKM sebenarnya dah lama dok perati jer SJCAM ni... Tapi dulu yang ade SJ4000 je. takde wifi.. Banyak jugak r BKM gi wat research untuk tamatkan master berkaitan kamera dan dok perati kedai2 online yang jual kamera ni. Tapi tyme tuh cam hilang arah tujuan jap..sbb masa tu cam kompius nak beli SJCAM or GoPro..????…memandangkan masalah ekonomi dan GST…daku memlih SJCAM 4000 wifi

Tyme buat research dengan pakcik google,,,banyak yang highly recommended SJCAM ni sebabnya harga die berbaloi baloii…dia ade build in LCD screen dan senang nak guna untuk newbie cam BKM nie.

Tapi hati-hati jugak kalau nak beli. Skang ni banyak pulak keluar produk yang pelesu (fake). Sama tapi tak serupa…nampak macam sama tapi lain. Yang ori dia gune chipset Novatek & kalau yang pelesu (fake) dia pakai sunplus.

Pelesu (Fake) vs Original (sumber gambar: dramilydeal)



Pelesu (Fake) vs Original (sumber gambar: SJ4000Cam.com)




BKM memang dah aim nak beli SJCAM yang kaler pink wakaka…memang cute cun & striking habis! Apalagi, BKM pon terus cari IG Online Shop yang ade jual SJCAM kaler pink yang boleh kasi harga murah dan best price…, cari punya cari..BKM terjumpa IG Online Shop ni…BKM tengok testimonial die dan banyak yang selamat dapat barang masing2…so apa lagi terus wasap order… disebabkan BKM nak kaler pink..daku terpaksa pre order…dalam 2 minggu…BKM dah dapat barang yang diingini..taraaaaaaa

 SJCAM Pink phewitttt ^_^

 

Pastikan ada Genuine SJCAM Security Check


 Excited Excited Excited Excited Excited Excited


Ley perati IG Online Shop yang BKM beli tuh kat sini :

Instagram: tgadget
Nak tengok testimonial boleh taip #tgadgettestimony

Information: menjual pelbagai gadget dengan harga yang berpatutan

  Harga SJCAM bagi pasaran semasa di Malaysia sekitar RM350 – RM400 tidak termasuk memori kad. Murah kan? Tapi BKM dapat beli dengan harga RM330…. Jauh giler beza dengan Go Pro yang berharga RM1000++ tapi pada kualiti yang hampir lebih kurang sama.


 Jom tengok spesifikasi dia.


  •  Liquid Crystal Display (LCD) 1.5LTPS
  • Image Sensor : 12Mega Pixels CMOS Sensor
  • Colour : 8, black/white/silver/yellow/blue/pink/gold/red
  • Wifi : Wireless WiFi
  • Zoom : 4x
  • Lens 170°A+ HD wide-angle lens, 6G lens
  • Language Options English / German / French / Spanish / Italian / Portuguese / Chinese Traditional / Chinese Simplified / Japanese / Russian
  • Resolution of Videos Recorded 1080P (1920*1080 ) 30FPS, 720P (1280*720) 60FPS, VGA ( 848*480) 60FPS, QVGA (640*480) 60FPS
  • Video Format MOV, Image Format JPG
  • Resolution of Photos 12M / 8M / 5M
  • Storage Micro SD maximum support 32Gb
  • Shooting Mode Single Shot / Self-timer (2s / 5s / 10s / Continuous Shooting
  • USB Interface 2.0
  • Power Source Interface 5V1A
  • Battery Capacity 900MAH
  • Power Dissipation 400mA@4.2V
  • Recording Time 1080P/ About 70 minutes
  • Charging Time About 3.5 hours
  • Operating System (OS) Windows XP/VistaorAbove/Win7/Mac os
  • Dimension 59.27*41.13*29.28

Maksima storage untuk SJCAM adalah 32GB memadai untuk shoot gambo atau video secara terus dengan kualiti HD. Klo g travel tuh jangan lupe bawak spare power bank or memori kad dan bateri tambahan….
Yang paling best bila beli SJCAM ni, dia punya standard accessory memang include skali dalam kotak tu. Kalau beli GoPro sah sah memang tak dapat lah.. semua kene beli asing-asing. Untk orang ordinary biasa biasa cam BKM ni SJCAM adalah pilihan terbaik… 

Standard Accessories dalam kotak
saiz dia kecik dan ringan.. sebesar kotak mancis.

senang masuk dalam poket je...




Aplikasi Android SJCAM boleh download di Google PlayStore:
  

 


Lepas dah download apps dia, korang leh tangkap gambar pakai SJCAM pastu guna wifi untuk transfer terus ke smartphone korang & terus upload kt FB IG Twitter ke... its so easy kan kan kan

Kalau nak snap gambar guna phone pon boleh. Function lebih kurang sama je cam gopro.

Yang bestnyer SJCAM (Action Cam) ni  dia ade features HD wide angle lens, bukaan lens die luas …Dia punya Lens gune Lens Fish Eye

Testing skit shoot...

gulpp..!! jgn percaya kat date tu taw..sbb lupe nak ejas date sbb excited sgt tyme dpt tuh
Gambar yang sharp & clear
Testing waktu malam (date salah lagi xejas gulpp!!)
Lens Fish Eye

HD wide angle lens
HD wide angle lens
Lens Fish Eye
sharp & clear

Memang chantek dan cun bile snap gambo ngan background wide angle camtu...suke sgt tengok ...


So akhir kata..apa lagi...toksah dok perati n usha lama sangat... kasi angkut la sebijik dua...hihihihi 
tak perlu membazir duit ribu riban beli yg mahal gitu.... SJCAM ni pun dah terbaik dari ladang, jimat dan memuaskan. Senang nk bawak pergi berjalan, melancong, berbasikal, naik gunung turun gunung, menyelam atas darat dalam laut dan memang sangat berbaloi-baloi..!!!!.... 

Tak sabarrr nak start next travel..sbb tak sabar nak gune SJCAM ni .... yeahiiiiiii

Contoh Kualiti video SJCAM 4000 wifi - next entry





(sumber gambar dan info: Pakcik Google dan ada BKM sendiri punya)




Saturday, June 6, 2015

MOVIE REVIEW: INSIDIOUS CHAPTER 3 (2015)

Tengok movie lagi... bulan June ni banyak movie best best yang keluar ditayangkan...ok ok in movie kedua Budak KacaMata gi tonton setakat hari ini untuk bulan June ni...

Anda Peminat Kisah Seram,,, Horror... INSIDIOUS CHAPTER 3 ini pastinya pilihan anda...sesiapa yang dah pernah tengok Insidious Chapter 1 and 2 ..lagi lah mesti kompen nak gi tengok yang Chapter 3 punya...




Sedikit Sinopsis pasal movie nie....

Sebelum ada hantu menghantui keluarga Lambert..ehhh tak besh r gune hantu..gune entitilah...ok taip semula ayat tadi....fuhhhh Sebelum ada entiti mengentiti keluarga Lambert, ada seorang remaja perempuan yang bernama Quinn Brenner (Stefanie Scott) telah melalui masalah yang sama. 

Dia, adik dan ayahnya (Dermot Mulroney) semua hidup bersama-sama dalam sebuah pangsapuri kecil dan sempit yang telah kematian ibunya. Quinn terlalu merindukan ibunya sehingga dia cuba untuk menghubungi ibunya yang telah mati dengan pergi berjumpa psikik, Elise (Lin Shaye), yang mempunyai kebolehan berhubung dengan entiti tapi dia telah berhenti buat pekerjaan tersebut selepas kehilangan suaminya sendiri. 




Nak kene lalu ke Lorong Haji Taib ni...skewwry !!!
Walau bagaimanapun, Selepas Quinn diserang oleh entiti jahat dia membuat keputusan untuk membantu Quinn. Elise mendapati ada entiti yang sangat kuat yang ingin memiliki diri Quinn sebagai kepunyaannya...So jeng jeng jeng kalau nak tahu apa yang terjadi selepas tu kenelah tonton Movie INSIDIOUS CHAPTER 3 ni... membaca dengan menonton tak sama fewfeling dia tuh... >_<...






Jangan tengok bawah katil...tidakkkkk!!!

Apa kebendanya tu..orang minyak ke..???

Kesimpulan bagi BKM, movie kali ini tidaklah seberapa menakutkan berbanding yang sebelum ini walaubagaimanapun elemen terkejut mengejut still lagi ada. Keseluruhan rating movie dari BKM....Movie ini dapat 3 1/2 bintang dari 5....

Gulp...!!   3 setengah bintang / 5

(sumber gambar: Pakcik Google)


Tuesday, June 2, 2015

MOVIE REVIEW: SAN ANDREAS ... THE ROCK





Last week gi tengok wayang..so Budak KacaMata nak review sikit filem terbaru dari SuperStar Wrestling kegemaran BKM... sapa lagi kalau bukan The Rock hohoho... BKM memang minat giler The Rock dari zaman skolah lagi...kalau ada jer movie The Rock.. kompem gi terjah punya...  Dan kali ni Movie San Andreas dengar ceritanya dah kutip berpuluh juta USD dalam beberapa hari movie ditayangkan !




Review BKM berkaitan filem ni..

movie ni best terutama die punya effect and sound, kesan khas bagai seme rasa cam real...time tengok rasa kita pun ada kat situ sekali mengharungi kejadian Gempa Bumi dengan Tsunami..dengan bangunan runtuh yer...bayangkan kalau kita dalam bangunan tuh... movie ni ada fefewling sedih sikit cam ala ala sayu dan menyayat hati bila tengok The Rock yang masih sayangkan familia die tapi terpaksa bercerai dengan wife die blaaablaaablaaa (lebih kurang camtulah)...hahahha tapi disebabkan dah sokmo sangat tengok movie The Rock yang jenis lawan2 ni...jadi bile tengok citer cam fefewling ni cam tak berapa masuk plak dengan jiwa hahaha tapi apa apa po lakonan The Rock tetap mantop seperti selalu.... 


Kesimpulannya filem ni memang best

.. Haihhhhh ...

Keseluruhan Rating Movie BKM rasa dari 5 bintang BKM bagi Rating 4 bintang... weeeeeee

yeahhh 4/5 bintang bertaburan untuk Movie San Andreas ni
  
BKM dapat belajar sesuatu dari movie ni, bila dah jadi macam ni..harta kekayaan dah tak dipandang dah...kesetiaan dengan kejujuran dan kasih sayang sahaja yang masih tinggal..so hargailah orang tersayang (tertibe)...!



nota: just nak kasitahu...The Rock ni antara celebrity yang sangat mesra peminat dan peramah dengan peminat2 die..tak caya ley tengok kat IG die...



(sumber gambar: Pakcik Google)

Monday, June 1, 2015

NARUTO: LIVE SPECTACLE - PERSEMBAHAN YANG SANGAT GEMPAK & MENAKJUBKAN.. TWO THUMB UP


THUMB UP......

MENAKJUBKAN & GEMPAK...! Hanya perkataan ini yang dapat digambarkan tentang 

Live Spectacle Naruto -火影忍者-

 
素晴らしいです - 'Subarashīdesu' - awesome


yang berakhir malam ahad tadi (31 Mei 2015) di MIECC The Mines. Persembahan ini pastinya meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan bagi peminat-peminat Naruto ini especially me me me...


Pertama kali Budak KacaMata tengok Live Theater ( Performance Art) yang gempak... seyes awesome giler....terbaik lah diorang... kagum dengan hasil kerja orang jepun ni...kemas teratur and smooth jer... 

Tapi satu je sleek petang tu... diorang yang jadi security sangat ketat...nak curi curi snap or rakam skit video po takley.. itu po dapat snap skit jer T_T ...kat sini Budak KacaMata upload sedikit photo untuk tatapan semua..ada photo dari camera sendiri and ada yang sumber dari pakcik google...

Terdapat 4 persembahan berasingan ketika di Malaysia sebelum mereka meneruskan jelajah Asia mereka ke Singapura, Naruto: Live Spectacle ini penuh dengan elemen-elemen persembahan yang menarik; termasuklah pelakon dan kostum, pentas, pencahayaan, kesan bunyi dan muzik. Persembahan secara langsung sepanjang 3 jam ini penuh dengan tenaga dari mula persembahan sehingga tamat disebabkan inilah mereka semua layak mendapat tempukan gemuruh diakhirnya. Semua orang kagum dan bangun untuk bertepuk tangan. Lagi best..diorang ada turun pentas untuk bertepuk or bersalam dengan penonton 






Bagi peminat manga Naruto (seperti Budak KacaMata), jalan cerita yang dipersembahan diadaptasi 
dari manganya dari bab 1 sehingga bab 237. Persembahan yang penuh dengan aksi, drama, persahabatan dan jenaka; membuatkan anda duduk dihujung kerusi menikmati persembahan Naruto dengan lebih seronok dan teruja seperti BKM


.
Pada yang terlepas menyaksikan persembahan ini, berharaplah mereka akan kembali ke Malaysia membuat persembahan lagi kerana ianya merupakan satu persembahan yang menakjubkan dan tidak boleh dilupakan.


The show was totally amazinggggg!!!


Thank you for bring us a nice show 

#NarutoTeam #NarutoLiveActionCrew

hope can see you all again, 

please come Malaysia again....

love you all


        


   




Sedikit Video untuk tatapan peminat Naruto... tapi kalau dapat tengok depan2 memang lagi best wa cakap samaluuuu >_<






(sumber video: youtube.com)
 (sumber gambar: Pakcik Google dan BKM)

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com