huwaaa lame yer lah tak update entry panjang2 kt sni... emmm sebenar bukan nak citer pasal panjang ke tidak entry kali ni..tp pasal kisah seorang budak ni..as sedey r biler td petang mak tepon cakap pasal berita ni...kekwan as kt FB po ada cakap pasal ni jugak..rase yer sape yg tengok berita tahu kot pasal ni..as po tak tahu sangat kisah sebenar dia just baca sinopsis pasal kisah ni kt FB...so kekawan semua fikir2 kan n renungkanlah ..sapa yg benar sapa yg salah hanya tuhan jer yg tahu..apa2..AL-FATIHAH untuk adik AMINUL RASYID

Maklumat dibawah dipetik dari LAMAN BUKU (FACEBOOK) bukan nurkilan ash tahu:
Siapa dia adik Aminulrasyid :
- berumur 15 tahun
- bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di Shah Alam
- menurut guru2 dan rakan2 beliau yang ada di dalam group ini, arwah tiada langsung masalah disiplin di sekolah dan aktif dalam bidang sukan hingga menjadi wakil daerah
Apa yang berlaku kepada arwah Adik Aminulrasyid :
-Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.
-Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
-Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.
- supaya keadilan dapat di tegakkan dlm kes ini
SEMOGA KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN DALAM KES ADIK AMINUL INI
p/s: terbaca kisah ni teringat plak adek kat umah tu mcm mane r agak yer ..dah lah lebih kurang sebaya jer diorang tu..Ya Allah minta2 dijauhkan benda2 yg tak baik ni..AMINNnnnn...
